Diploma In Geomatik
Apakah itu Geomatik?
Geomatik adalah profesion yang
berkait rapat dengan bidang sains pengukuran dan pengurusan maklumat spatial
Geomatik berkait rapat dengan pengukuran, perolehan, pemperolehan dan
pempaparan data spatial fizikal Bumi dan alam bina. Antara disiplin-disiplin
utama yang dirangkumi Geomatik adalah sains pemetaan, sistem pentadbiran tanah,
visualisasi alam sekitar, geodesi, fotogrammetri, remote sensing dan
pengukuran.
Program ini
menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ukur tanah
khususnya teknik-teknik pengumpulan, pemprosesan, penganalisisan dan
persembahan maklumat kedudukan dan bentuk topografi di bumi. Pelajar perlu
menghadiri kuliah, tutorial dan melakukan praktikal di lapangan dan makmal.
Pelajar perlu menamatkan latihan industri selama enam bulan. Program pengajian
meliputi kursus teras iaitu Ukur Kejuruteraan, Ukur Kadaster, Fotogrametri,
Geodesi, Sistem Maklumat Geografi (GIS), Pelarasan Ukur, dan Undang-undang
& Pembangunan Tanah di samping kursus elektif seperti Pembangunan Pangkalan
Data GIS, Remote Sensing, Alam Sekitar, Statistik dan Asas Pengaturcaraan C++.
SYARAT KELAYAKAN:
C Minimum SPM 3 kredit ( Termasuk Matematik dan mana-mana subject )
C Lulus BM , Sejarah, Sains dan Bahasa Inggeris
C Warganegara Malaysia
C Minimum SPM 3 kredit ( Termasuk Matematik dan mana-mana subject )
C Lulus BM , Sejarah, Sains dan Bahasa Inggeris
C Warganegara Malaysia
KEISTIMEWAAN:
R Yuran Pendaftaran Percuma ( Januari 2018 sahaja )
R Kemudahan Asrama
R Elaun RM 400 - untuk 1 semester ( 6 bulan )
R Pinjaman Pendidikan ( PTPTN )
R Yuran Pendaftaran Percuma ( Januari 2018 sahaja )
R Kemudahan Asrama
R Elaun RM 400 - untuk 1 semester ( 6 bulan )
R Pinjaman Pendidikan ( PTPTN )
R Zakat
R Kolej Universiti pertama diSabah.
R Kolej Universiti pertama diSabah.
TEMPOH PENGAJIAN:
2 Tahun 6 Bulan ( 2 tahun pengajian & 6 bulan latihan industry )
PELUANG KERJAYA:
Secara tradisinya,
kebanyakkan para graduan bidang Geomatik bekerja di industri pengukuran, tetapi
semakin ramai yang memilik kerjaya di sektor GeoInformatics sebagai computer
programmers dan pakar GIS. Pada masa kini, para graduan geomatik bekerja di
dalam pelbagai bidang; kebanyakannya berkaitan dengan teknologi spatial dan
maklumat. Selain itu, pengetahuan dan kemahiran dalam matematik, sains
komputer, sistem maklumat, ukur, statistik, undang-undang dan perancangan juga
telah memberikan pilihan kerjaya yang lebih luas. Peluang kerjaya juga terdapat
di sektor swasta, industri aerial survey, industri penyelidikan luar pesisir,
dan agensi kerajaan.
SYARIKAT DAN FIRMA:
- Jabatan
Ukur
- Jabatan
Tanah
- Jabatan
Kerja Raya
- Brunei
Shell Petroleum
- Jabatan
Perhutanan
- Firma
Pengukuran
- Firma
ICT / GIS
- Pensyarah
Universiti
- Firma
Pengurusan
- Firma
Alam Sekitar
Peluang baik kepada lepasan SPM yang berminat untuk berkerjaya dalam bidang Geomatik . Daftarlah dalam Diploma In Geomatik di North Borneo University College hari ini juga.