Industri pelancongan merupakan antara
industri yang ketiga terbesar yang menyumbang kepada pendapatan negara. Potensi
industri pelancongan sebagai penjana ekonomi baru negara hanya dapat
direalisasikan jika usaha-usaha memaju dan membangunkan industri pelancongan
diberi penekanan yang sewajarnya. Isu-isu seperti alam sekitar, visa, kemudahan
lapangan terbang, kebersihan persekitaran, sistem pengangkutan dan keselamatan
pelancong, semuanya menyumbang secara positif dan negatif kepada jumlah
pelancong yang melawat Malaysia. Kewujudan Program Pelancongan di peringkat
diploma di Kolej ini adalah diharapkan dapat membantu usaha-usaha kerajaan
dalam menghasilkan tenaga kerja yang terlatih dan berketrampilan.
MATLAMAT PROGRAM
Kursus ini akan membolehkan pelajar
untuk mendalami ilmu industri pelancongan yang menumpukan kepada operasi
pelancongan berdasarkan sistem tempahan berkomputer, pemasaran dan pembangunan
produk. Program yang ditawarkan selaras industri dan dimanfaatkan di dalam
kerjaya profesional. Kursus ini akan membangunkan pelbagai kemahiran pengurusan
dalam operasi pelancongan, pemasaran dan pembangunan produk. Menyediakan
pelajar dengan pelbagai kemahiran atau mempunyai kemahiran yang mengkhusus
terhadap pengurusan operasi atau pemasaran dan pembangunan produk.
Meningkatkan pengetahuan pelajar
terhadap aspek teori, kemahiran penyelidikan dan praktikal yang diperlukan bagi
memahami isu di dalam pelancongan. Pengetahuan yang diperolehi pelajar ini
adalah bagi menangani dan menghadapi keperluan dan trend sektor pada masa kini.
Memastikan pelajar memiliki pemahaman yang meluas agar dapat memainkan peranan
yang berkesan di dalam bidang pelancongan di seluruh dunia. Kursus ini juga
membolehkan mereka melaksanakan penyelidikan tentang industri pelancongan serta
merefleksikan diri kepada seni, budaya dan/atau warisan setempat
PELUANG PEKERJAAN
Perunding Pelancong/Tempahan dan
Pengurus Tiket
Penolong Pengurus Pusat pelancongan
Pegawai Tiket dan Tempahan
Operator, Kaunselor atau Pemandu
Pelancong
SYARAT KELAYAKAN:
C Minimum SPM 3 kredit
C Lulus BM dan Sejarah
C Warganegara Malaysia
C Minimum SPM 3 kredit
C Lulus BM dan Sejarah
C Warganegara Malaysia
TEMPOH PENGAJIAN:
2 Tahun 6 Bulan ( 2 tahun pengajian & 6 bulan latihan industry )
KEISTIMEWAAN:
R Yuran Pendaftaran Percuma ( Januari 2018 sahaja )
R Kemudahan Asrama
R Elaun RM 400 - untuk 1 semester ( 6 bulan )
R Pinjaman Pendidikan ( PTPTN )
R Yuran Pendaftaran Percuma ( Januari 2018 sahaja )
R Kemudahan Asrama
R Elaun RM 400 - untuk 1 semester ( 6 bulan )
R Pinjaman Pendidikan ( PTPTN )
R Zakat
R Kolej Universiti pertama diSabah.
R Kolej Universiti pertama diSabah.
Maklumat lanjut
, wasap kami SEKARANG!!